Saturday, February 27, 2010

Aku dan angan-angan.

Sekejap aje dah nak masuk 3 tahun di Nihon...Uwaa...mesti akan rindu the 4 seasons, sushi fresh2, maki zushi, jacket kepuk2 (down jacket), hoikumama Fiya, the warm toilet seat (washlet), strawberry besar2, momo (peach), fresh salmon and life in Nihon yang senyap dan sunyi sepi...Most of all I'm going to miss my own kitchen and the superb microwave oven. Kat sinilah belajar masak, buat kek, kuihs etc.

Ok berbalik pada tajuk. Tiga tahun lepas, saya beritahu seorang kawan yang belikan hadiah Lonely Planet Book Tokyo (kami belek bersama2 nama university yang akan dituju nanti...gah rupanya). Saya ceritakan impian dan harapan...tak delah banyak ke hendak belajar sebenarnya, tapi hendak ryouko (ish ish ish...)...Ceritakan juga pada beliau tentang impian bertemu Takenouchi...Aku ni kalau bab berangan, memang nombor satu ! Berangan join kelas teater (wah!) yang ada Takenouchi...Mula minat dengan dia lepas tengok drama Shotgun tahun 2002. Masa tu di UPM. Tepat masa, terus ke restoran berdekatan, mintak tukar ke channel cerita ini...Sebab ada miss 2-3 episodes, beli pulak DVD..Masih lagi ada di rumah Kajang...Dulu tak reti sebut perkataan ini, sekarang dah reti...'Takenouchi-san KAKKO II !!!!!!!'

BUkan itu sahaja, nak letak gambar dalam Utusan untuk Salam Aidilfitri. Checked (year 2007). Nak jadi reporter ke host yang cerita pasal Tokyo ala2 Kak Dee buat dengan Anuar Zain kat Liverpool dulu...

Tiga tahun berlalu.....angan2 tetap angan2....Oklah tu, out of 3, 1 dah buat...Dpat jumpa si handsome kakko ii Takenouchi dekat billboard pun jadilah !!!! Hheehehehe....
Lepas ni nak kumpul semua movie dia..Sambil belajar nihongo, sambil jamu mata....weee.....;)

1 comment:

RoZie.Hamid said...

Buku tu masih ada lagi ke meeha.. ? heheh